Tuesday, July 5, 2011

dia dah mai dah.. ILHAM ILHAM!!

balik dari test terus bukak lappy, pasang berokband, then bukak google dan terus BER-belog..
damn...!! berokband lembab..

tengah dok usha belog belog yang hado kat dalam geng2 FB aku...
tup tup tup..
aku terjumpa sorang MAMAT nie punye belog..
belog die look like simple..
heh!! bukan tu la aku nak cakap, aku nak cakap tentang entry die..

aku sebenar nya tertarik dengan lagu yang die post tu..
sempoi gitu..
aku penah tengok youtube die, tapi tak sempat nak bukak.. paham tak, aku tak sempat nak bukak??? 
makna nye aku tak sempat nak tengok dan dengar dan sekaligus menghayati lagu die..
dorang kata sedap,, betol ke??
nak dengar cakap orang?? mana boleh.. dengar sendiri baru la boleh judge kn???
so aku bukak dan terus menghayati lagu dan setiap butir butir lirik beliau..

Lirik Lagu Bo Amir Iqram - Lagu




Hariku
Harus dipenuhi dengan kehadiranmu sayangku
Fikiranku
Hanya di penuhi dengan senyumanmu

Alangkah Indah
Jika dirimu sentiasa
Di sisiku sayangku
Berikanku hanya satu
Hanya satu
Lagu

Hariku
Harus dipenuhi dengan kemanjaanmu cintaku
Fikiranku
Hanya di penuhi dengan suaramu divaku 





sweet like sugar kan bebeh???
sangat sangat..
lagu die sempoi..but just nice..
tak bosan nak dengar..
lagi lagi bile tengok video clip die..
perhhh!! sumpah sempoi..
tapi sape die haaa??
dorang kata die ade masuk dkat mhi then dengar plak die nie penah masuk cocacola??
cocacola pon ade contest ke??HAHAHA..
tapi maaf la student macam aku nie, nak tengok TV pon tak ade mase..
thesis memanjang...

tu die dah mai dah..
nah aku dah dapat belog die.. BO
korang tengok tengok la ye.. 
nak layan lagu die sat..





*lentok tido sambil dengar..
bye byeeeeee... peace yoooo!!=)



Monday, July 4, 2011

nak jadi negara republik ke??OMG!!!

negara aman dah.. tapi still nak kucar kacirkan..
tu la..mintak bergabung tak nak.. masing2 ego..
kes tu tak selesai, tambah kes lain..
masing2 ade agenda sendiri..
ada raja, tapi takut nak masuk campur..
bila title dah tak ada, baru gelupor nak masuk campur..
dah ada macam2 still nak ubah itu ini..

RASUAH??
negara mana tak ada rasuah??
cuma kantoi atau tak je..

nak kan KEADILAN??
susah nak cakap, semua rakyat nak..

melayu peratusan tinggi dalam negara??
memang laa..dah kata malaysia tanah melayu, memang la bangsa melayu peratusan paling tinggi..
tanah melayu hak melayu..
tak gitu???

hak melayu tapi nak bagi sama rata..melayu, cina, india??
mana boleh......
tadikan dah kata tanah melayu hak melayu..

aku tak pasti apa tujuan mereka..
tapi yang pasti, jangan la buat kacau bilau..
kesian rakyat..
negara baru nak membangun..
baru nak masuk tahun ke 54 merdeka..
bersyukur dengan apa yang ada..

taraaaaaaaaaa!!!
aku baru jumpa apa yang BERSIH nak sangat..
nie diaaaaa..

                8 Tuntutan Bersih 2.0:
  • BERSIHkan Senarai undi
  • Mereformasikan Undi Pos
  • Penggunaan Dakwat Kekal
  • Akses Media yang Bebas dan Adil
  • Tempoh Kempen Minima 21 hari
  • Kukuhkan Institusi Awam  
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor





hentikan untuk keamanan rakyat..

Friday, July 1, 2011

couple bukan tanda jodoh kita???

couple bukan tanda jodoh kita???

who said??? 
seseorang yang tak penah rasa bersyukur..

kalau couple tu bukan tanda jodoh kita, penat la nak setia, kenal hati budi dia sume nya..
kalau couple tu bukan jodoh kita, tak payah kita nak sayang dia, kenal kan dia dengan family sume nya..
kalau couple bukan jodoh kita, tak payah kita nak bersama dia susah senang..

kalau couple bukan jodoh kita, makin ramai lelaki atau perempuan yang bergaduh dan TAK akan pernah tahu..
APA ITU SETIA???

jodoh, kita tak tau dengan siapa.. jodoh adalah rahsia -NYA..
sume nie rancangan kita, tapi jadi atau tidak, sume nya denagn keizinan nya..

ada 3 jenis jodoh yang pernah kita dengar sebelum nie..
-jodoh dari Allah.
-jodoh dari syaitan.
-jodoh dari jin.

sekarang aku nak cerita tentang jodoh dari Allah.. sebab aku rasa, tu je paling penting sekarang.. =(

JODOH DARI ALLAH..ape itu jodoh dari Allah?? jodoh dari Allah ialah cinta yang mula berputik dan pasangan masing masing menjaga hubungan dengan bersih dan suci. suci dan bersih bermaksud menjaga maruah diri sendiri dan maruah keluarga sekaligus maruah islam kita sendiri.. seterus nya menghantar pinangan untuk dijadikan sebahagian dari hidup kita sendiri dan sehingga la ke satu hubungan yang suci dengan lafaz akad nikah dan seterusnya menjaga keluarga dan hingga ke akhir hayat kita..

ingat la wahai lelaki.. sekarang kaum perempuan dah ada kerjaya sendiri, duit sendiri, susah nak jumpa perempuan yang mencintai diri kamu kamu kamu seadanya.. please, kalau dah dapat jaga la elok elok, jangan lepaskan dia.. 

*menaip dalam keadaan bengang!!!

Monday, June 27, 2011

...

bila jauh lame-lame..
macam macam kita fikir tentang dia..

tapi bila dah dekat..
baru kita dapat tau dalam hati dia ada siapa sebenarnya..

=)


Thursday, June 23, 2011

..

aku rase nak jumpe seseorang dan tanye, 

KENAPA AWAK SANGGUP TIPU SAYA???

dan aku nak tggu jwapan dari dia..

*crying..

Monday, March 28, 2011

contoh terbaik untuk ajar anak solat..


aku belum ade anak lagi.. tp aku rase as a muslim aku patut share this note untuk korang semua.. mana la tahu kan, dah kahwin, then ade anak, senang la nak jadi kan rujukan..=)

* semua orang bukan perfect pon, so sesiapa yang dapat rase ade lubang lubang dalam 5 waktu tu, elok la rajin kan solat dari skrg.. bukankah solat itu tiang agama??

cantek dan suci muka dia kan.. =)

bERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?




* sayang, nanti kite ajar anak kite macam nie tau.. 
post sbb nanti nak tengok balik bile dah kahwin and ade anak..=)

Friday, March 25, 2011

ujian psikologi - apa yang lebih penting??


Ini suatu ujian psikologi yang sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab-sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Ada 5 perkara berlaku serentak.


  1. Air Mendidih di Dapur
  2. Air Paip Melimpah di Bilik Air
  3. Bayi Menangis.
  4. Telefon Berbunyi
  5. Ada Orang Ketuk Pintu


SOALANNYA: Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan urusakan dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.













Fikir…


















Fikir…
















Fikir…

















Fikir…


















Fikir…












Jika sudah habis berfikir, sila semak jawapan anda yeee..=)

.... lihat di bawah ......


JAWAPAN DAN ANALISIS
Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

1. Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: Ia menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

2. Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
Ia menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

3. Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : 
ia menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

4. Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
 Ia menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

5. Kalau anda memilih untuk membuka pintu: Ia menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.



*selamat mencuba.. aku pilih bayi menangis.. got it??=)

Friday, March 18, 2011

kalau cepat BERANGIN jangan main game nie!!!

hey sume!!! hari nie aku nak korg main game nie.. aku punye game nie agak menyakitkan hati lantas membuatkan urat ketawa putus..HAHAHAH!!! ahhhh..korg tgk n ikut je la ape yg tulis tu.. ok?? ready???????????????! go!.. =)






disebabkan orang lain offer rm10,aku sanggup gadai kaki aku untuk sepak kapak..hahaha..
korang nak tahu naper aku dapat ayat camtu?
tapi tak tau la kan kalau2 korang dah cuba benda ni...
layanzzzzz...





1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January--------aku sepak
February-------aku lompat atas
March-----------aku karate
April-------------aku cium
May--------- ----aku terajang
June-------------aku peluk
July--------------aku buat sardin dengan
August-----------aku makan dengan
September------aku menari dengan
October----------aku menyanyi dengan
November-------aku jelir lidah kat
December-------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3--------public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7--------mobile telefon aku
8--------hantu jepon
9--------kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!

*mende nie aku amek dr BLOG sini.. tetibe je bkk then tros rase mcm nak amek letak kt blog sndiri.. maaf ye TUAN BLOG.. saya amek senyap2...peace!!! bukankah SHARING IS CARING?? heheheheh..

Wednesday, March 16, 2011

TERANG dunia gelap kulit aku!!!

lega gila bila siap mandi lulur, n berbagai lagi..aku rase aku mcm dekat spa dah.. segar rase badan..=)
kulit lembut, wangi, licin,yang paling penting boleh cerahkan kulit yang dah banyak sgt SUN BURN tuuuuuu..

*damn..=(

tu la akibat klau berjemur dekat tepi pantai di PEKAN.. saje ikut member balik rumah dia kt pekan, pahang.. bestttttttttttt!! makan n minum buah kelapa kat bawah pokok smpai muak.. di ulangi MUAK!!! bnyk gler kot.. 

*dah name pon umah di tepi pantai.. msti la banyak pokok kelape..adoi..

sbb berumah di tepi pantai la kulit saya makin gelap.. WHAT THE TUTTTTTTTTTTT???!! gelap?? makin gelap?? 

*sila scroll lagi..





























































































*terima kasih..
=)

sesi berposing maut.. actlly bersiap nak pergi 3 rumah org kawen..

rumah orang kawen?? teringat ckp mcm nie mse kecik2 dulu..
"MAMA!!! mama nak pergi rumah orang kawen ea??"
hikhikhik..;)


orang kate aku macam nenek?? adakah?? nani???
choi!!! 
kau bute la tu kan???
-_________________________-

3 keping gambar dan di satu kan dan d'edit kan..
TRIO!!!
=)

gambar bersama teman sepermainan..opssss!! seperjuangan..

*tunggu mase unutk menghabiskan duit and mase bersama sahabat karib NSJ dan kekasih hati...
(*______*)

Tuesday, March 8, 2011

sifat sifat lelaki yang perempuan TAK suka..

sket2 cte psl laki, sket2 psl laki.. naik bosan kn???? tapi setiap hari ade je cerita tentang boyfie dia kuat kongkong la, suke marah2 la, itu ini laa.. kebanyakan nye wanita TAk suka dgn sifat lelaki yang ade dalam senarai di bawah.. tapi ade yang suke dgn senarai di bawah.. so, terpulang la dekat wanita2 di luar sana untuk menilai lelaki2 mereka..


mari kite lihat senarai2 sifat lelaki yang TIDAK disukai oleh kaum perempuan::

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.



2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!



4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!




5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGABab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.



9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. PERASANAduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRIsusah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…



15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa egan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka emas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MENGHARGAISukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!





*erkkk!! silent is more better..HAHAHAH!~~=)

Monday, March 7, 2011

surat berani mati seorang anak kepada mak bpk dia...

tadi mase aku tengah menelek2 facebook, tetibe aku tertarik dgn 1 cerita.. aku x pasti dari mne cerita @ surat nie.. tapi aku rase klau aku tulis mcm nie kt ayah mama aku, ade kne pelangkung free. HAHAH!~~

tapi ade jugak btol jugak ape yg dia nak bgtau nie.. kawen awal or lmbt, bukan nye salah, cme perspektif zaman skrg or ideologi orang melayu yg kusut kn lagi keadaan skrg.. cme bg mak bpk yg berkerja mmg akan boikot gler tentang nie.. sbb bg mereka, skrg zaman cari duet, bukan zaman cengah maksiat.. haaaa?? MAKSIAT??? ok ok ok..jgn gelabah, lepas korg bace mende alah nie, korg akan paham ape yg aku cbe bgtau.. =)



macam aku, aku nak je kawen @ nikah.. cme aku rase aku belom bersedie ke arah tu,, sbb aku rase aku masih belom pandai lg nk urus kan diri sndiri ape lg suami, kn kn kn???

*______________________________*

mmg aku dh ade calon n sume family msing2 dh kenal.. hidup mati @ boyfriend aku pon ade ckp ttg kawen n msing2 belom bersedie sbb dia nk kumpul duet, n dia pon ade target dia sndiri, so x boleh la aku nk ckp ape ape kn.. selagi aku belom kerja n dpt duet sndiri, selagi tu la aku x kan kawen..boleh gitu???HAHAH!~~  terima je la wahai kekasih hati ku.. =)


*ok.. nie surat yg ank dia nk bg kat bapak n mak dia.. dia kt oberseeeee tauuuuuuuuu...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

*zaman skrg..ish ish ish..=)

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.




*nie yg aku cbe bgtau kt atas td..=)

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.





Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along

*sila bukak mate besau2.. PUTERA ok.. bukan PUTERI.. 
agak2 korg, mak bpk korg bg x klau korg NAK mcm nie???

*zzzZZZZZzzzzZZzzzZZZzzz
-_________________________________-

*dun ask me..wink wink..;)

Thursday, March 3, 2011

bahasa MELUAT bahasa jiwa bangsa.. giler kau???!!!

agak meluat la jugak kan bile korg bukak je laman web sosial mukabuku, tetibe terpampang status somebody nie.. status dia nie mmg la x ade kne mengene dgn aku, tp aku mmg meluat..

sbb ape?? sbb ape?? sbb apeeeeeeeeeee??? 

sbb status dia mengambarkan dia 2 lidah pendek.. sbb ape aku ckp lidah pendek???? itu mengambarkan dia tu nk sgt lidah pendek.. aku x paham btol laaa.. taip biase2 x boleh ke?? aku pon gune shortform jgk, tp xde la mcm tu.. x payah nk over the act sgt laaa.. just be a simple word.. senang skit nk bace, x ade la smpai nk besar kn mate nk bace yg sememang nye dh BESAR tulisan 2.. haish!! tu baru skill pelat..

ade lg 1, skill euww euww 2.. YA ALLAH!! aku tgk dh mcm orang ckp tp style mulot senget .. 

*sayew nak pergiwww pasar la ptg niewwww..

korg dpt bayangkan x?? msti dpt kn??? tolong la weyh.. aku nk bace status korg pon, meluat n menyampah, tros aku HIDE kn.. cube korg bayang kan korg ckp kt dunia realiti, korg ckp mcm tu.. x ke org lain ingat korg nie CACAT..* maaf aku terpakse ckp mcm tu sbb aku really menyampah!! n cube korg bayang kan org yg mmg ckp mcm tu tgk korg ckp seperti dia?? eeeee!! aku x paham btol...ish ish ish..

ade orang ckp tu style manje, trend skrg.. tp bg aku tu style MELUAT untuk pembace nk bace status kau!!!
come on la babe, dunia dh maju kot, x payah nk ckp mcm tu segala.. just be a SIMPLE WORDs!! x payah nk over the top.. klau nk taip msg pon just taip mcm biase, x payah nk tmbh2 euw euwwwww tu.. just taip shortform yg boleh orang lain paham.. x ade la smpai nk tnye bnyk2 kali.. n paling penting x payah la nk membazirkan credit korg nk jwb pertanyaan kwn2 korg..ye dok?? 

n 1 lagi, klau psgn kekasih ckp, nk JIMAT text.. kepala HOTAK kau!! tu memBANYAKkan text kau!! 

nya = nyew
a = ew

baik korg bukak mate besar2.. tu jimat kan ke banyak kn??? haaaa.. ade otak fikir sndiri.. bhase mcm nie kite slalu jmpe kt msg dlm handphone, facebook, or sebagai nye..opss!! nyewwwwwww!! *aku taip pon geli tapak tangan.. effect kottttttttttt!!!

nie ade 1 video yg sgt bagus untuk mereka2 yg dok taip lagu tu.. 

aku rase korg penah tgk video dia nie kot.. kt youtube or facebook mungkin??? KLIK SINI untuk tgk lebih banyak video dia..

aku respect kot kt mamat nie.. ade jgk org berani buat statement mcm nie.. public lagi.. mmg ramai la yg dok kutuk dia niee.. tp dia tetap chill.. terbaik la derrrrrrrr!! wa tabik lu.. 

* keadaan yg memang tgh menyampah n meluat mase update blog nie.. 
maaf ye semua..
peace babe!!

Wednesday, March 2, 2011

kutukan terpedas!!! berASAP!!

wa rase klau wa x buat title mcm nie, wa rase korg x akan bukak BLOG wa nie kn..HAHAHA!~~ terima kasih kepada sesiapa yg bukak..LOVE U sayangsssssssssss!!! <3

sampai je kt hostel, masing2 buat aksi kuak lentang berirama.. perhh!! wa tgk pon sentap siot!! katil double dacker  yg btol2 kt tengah2 ruang tamu 2, btol2 mengugat jiwa.. dgn katil yg empuk, *empuk kee??.. dgn bantal  yg boleh melenakan anda tido, selimut yg lembut giler, wa rase wa x nak bangun dh, nk tido je.. sumpah penat giler ari nieee.... damn!=(

tengah2 nk lentok kt atas katil, tetibe ade orang tepuk bahu.. perhhh!! kacau stim btol laaa.. * tengah bengang tau x!!!=(

mmg mase 2  x ade lgsg semangat nk tido siang.. wa tros on9 then mase wa nk update wa punye blog, tetibe wa tros bukak 1 link nie..KLIK SINI..


*klik untuk tumbesaran ye..=)

wa agak terasa la dgn ape yg dia ckp, tp dlm mase 2 jgk wa rase btol jgk dgn ape yg dia ckp.. zaman dh berubah, sorg ade blog, 1 rumah nk ade blog.. wa bukan sindir sape2..* sumpah wa rase tgh menyindir skrg nie!! wa bukan nye ape.. wa ade blog nie pon secare x sngaja, bile lecturer wa mntk anta assgmnt guna blog.. wa smpai msg abg wa..


" abg, BLOG 2 ape??"
abg ckp." kau nk wt ape dgn BLOG??
"lecturer org mntk anta assgmnt guna BLOG..menatang ape 2??"
abg ckp." bile lecturer kau nk??"
"smpai minggu depan.."
abg ckp." nnt aku wt kn.. bg email n password kau nk.."
"ok abg, sayangggggggggggg abg"

aku dgn perasaan bangge nye.. ade jgk abg yg baik mcm MOHD TAUFIQ nie..HAHAH!~~ mase 2 mmg wa rase bodo glerrr.. 1 hape pon x tau.. mmg keje just anta assgmnt jek.. wa pk, BLOG untuk assgmnt.. sumpah kelakar..=)

lps setahun berlalu, wa tgk kt fb, semakin ramai yg ade BLOG, tetibe wa pk, "eh, aku ade BLOG laaa.. tp mcm mne nk edit?? BLOG nie ape?".. smpai wa mntk kwn2 wa yg arrange kn BLOG wa, smpai bg password n email skali, n pesanan.." KLAU KAU FREE TOLONG LA EDIT BLOG AKU EA.." hahahha..  smpai la 1 mase wa sumpah jeles dgn blogger yg smmg nye dh terkenal, n wa pk, mcm mne nk wt mcm dorg.. wa cilok2 BLOG sensorg, wa amek sket2 gadget, ape ntah sume, blaja mcm mne nk wt blog cantek, mcm mne nk tmbh kenalan blog, mcm mne nk wt 2 ini.. smpai la saat nie.. wa rase dh ok kot blog wa,, cme wa nk tukar header je.. TOLONG LAAA!!!~

smpai la tadi, wa terbukak BLOG NIE .. mase 2 wa tersentap, then wa pk2 balik.. wa buat blog sbb ade alasan n secare x sngaja.. so ape kne mengene dgn wa.. tapi wa tabik dia ar.. berani wt statement mcm 2.. then dia sgt la terbaik dgn kutukan n nasihat dia.. wa harap la sesangat, jgn nk kejar populariti dgn blog or vlog nie haa.. x ke mana pon..kne mmg la kne dgn zaman skrg, tp lg kne klau kau kne kutuk.. walaupon follower x ramai, tp wa rase terima kasih sgt sbb ade jgk yg nk bace entry wa nie.. sambil 2, wa leh la upgrade penulisan wa yg cincai bancai nie.. berteraburrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! caya lahhhh awokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! =)

sekian terima kasih!!

* lu mmg suke merepek membebel mcm bontot ayam ea??? pirahhhhhhhhhhhhhhhhh!~~~

kesdapan melampau..

assalamualaikum.. hyep its me again.. n AGAIN....=)

minggu nie aku balik jb, HORAYYYYYY!!! sumpah x sabar nk balik jb..mcm2 dh plan, HAHAHAH!~~ 

ari selase ari 2, aku tgh siap2 nk g kolej klau x silap, then senior umah aku dtg kt aku, then tnye..

" fara, kwn akk ade jual coklet.."
kata aku." haaa?? coklet, coklet mcm kt kdai 2 ke??"
"xde laa, nie coklet yg leh wt name2 2.."
kata aku." yg mcm kt keje hantaran 2 ke??"
"haaaa,, yg mcm hantaran 2...."
kata aku." nk nk nk nk!!"
tetibe teringatkan dia..meowwwwwwwwwwww!!! nk wt untuk dia n family laaa..mcm best jekkkkkkkkkk...=)
walaupon, dia x suke mkn coklet,HAHAH!~~ kesian kn...


comel kn??? mmg comel..=)

mama!! ayh!! org beli coklet untuk umah..hehehhe =)

nie baru 1, ade lg 1.. 2 pon untuk my hubby sorg jek..tp mmg comel!!hehehhe.. tggu la ye sabtu nie, nnt org bwk n bg.. simpan elok2 tau.. 

*love u sayang..=)





Sunday, February 27, 2011

wearing braces??

assalamualaikum.. tempat untuk melepaskan tension atau mmg dh bosan x tau nak wt pape.. sumpah gler bosan klau hujung minggu mcm nie.. nk keluar mmg TAK la kn *duet tarak la makcik, x yah la tnye lagi, adoiiiii!!!~ =(

WEARING BRACES?????

ape tuuuuuuuuuu??
haaa, 2 pon nk aku bgtau ke?? check la sndiri..KLIK SINI ok.. 


nama2 tempat yg akan diletak kn BESI.. lepas nie orang akan panggil aku..
*"gg besi!!! mai sini sat!!!!"erkkkkkkkkkkkk!!!

gorgeous kn klau aku pakai??
agak2 mahal x??
hubby!! dh booking blom hari n mase??=(


aku n my hubby dah rancang, kami nk pakai braces.. aku mmg nk pakai, sbb gg aku nie comel sgt,AHAHAH!~~ tapi yg dia nie, aku x paham knape nk pakai sgt, gg dh comel pon nk pakai ke?? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
adakah ini trend masa kini???
atau saja nk pakai??
atau saja nk teman kan FW dia pakai???
HAHAHAH!~~
MEREPEK!!!

aku penah tanye mmbe or kenalan aku, adakah aku nie sesuai pakai braces or x..
n jawapan dia sgt la aku terkejot sbb dorg ckp TIDAK!!! 
but why dear??

*sbb gg kau dh comel..kau igt sume org dpt gg mcm kau ke?? 

GG MACAM AKU???????

yelaaa..gg TARING kau 2..

haaa..gg taring aku..gg kesayangan aku..
orang kate, klau ade gg taring orang 2 bijak.. BIJAK keeeeeeeeeee???
ahahahahahah~~~~!

mcm nie la kot situasi gg taring aku...

eh eh eh, salah salah salah!!! maaf..erkkkkkkkkkkk!!!
*___________________*

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
gamba ape nie??????
salah lagi laaaaaaaaaaaaaa...erkkkkkkkkkkk!!
-___________________________-

i miss u badly gg taring ku..
erkkkkkkkkk!!! 
maaf, blom operate lagi la sayangsssssss...=)

gg taring aku versi lelaki..
bayang kan klau gadis mcm aku???
tapi aku ade 2 gg taring!!! 
cute kn??euwwwwwwwwwwww!!!


*mummy, kite nk pakai, boleh x??
daddy...pleaseeeee!!!
abg??? kau pon nk pakai jugak kn, sbb kau pon ade gg mcm aku kn?? tapi kau x boleh, sbb dokter kau ckp, BAHAYA!!heheheh..sorry brok!!<3
adek,, akk pakai ok kn?? cute kn??hehhehehe.=)