Sunday, February 13, 2011

Pakai tudung kerana fesyen?


Seperti kebanyakan wanita bertudung alaf ini, saya sentiasa berusaha untuk mencari kelainan dalam menggayakan busana tudung saya dan saya terlintas akan video Maria Elena di Youtube. Jujur saya katakan, pada mulanya cara beliau mengendalikan video agak menjengkelkan, tetapi jika anda mengikuti video tersebut sehingga habis, pastinya first impression tadi akan tersimpang jauh. Beliau sebenarnya MENGHIBURKAN!

Apa yang ingin saya komen tentang video ini, bukanlah tentang videonya atau tuannya. Tetapi segelintir umat Islam yang memperjuangkan Islam tetapi memberi komen negatif dan berbaur ekstrim terhadap video tersebut. Boleh saya katakan majoriti umat Islam termasuk saya belum begitu mahir dalam ajaran Islam tetapi tidak dinafikan semua menuju ke arah memahami Islam dengan lebih mendalam. Satu perkara yang kita perlu tahu Islam adalah MUDAH. Perkara yang paling mulia di sisi Allah ialah memeluk kemas Islam dengan IKHLAS. Dan cara teguran terhormat ialah dengan teguran lembut yang membina. Cuba baca komen di bawah. Mencerminkan Islamkah teguran anda?



Apa yang boleh saya katakan: MENGECEWAKAN. Seperti yang semua ketahui pemakaian tudung mengikut fesyn memang terjadi di mana-mana. Seperti juga membeli baju mengikut fesyen. Seperti juga membeli kasut mengikut fesyen. Seperti juga menghias rumah mengikut fesyen. Seperti juga membeli pakaian solat mengikut fesyen. Berbezanya cuma NIAT. Apakah anda tahu bagaimana berpengaruhnya fesyen dalam memupuk minat dalam Islam? Minatlah yang akan membawa gadis-gadis bertudung ini menutup aurat mereka. Minatlah yang akan memberi mereka suatu ideologi bahawa Islam itu sebuah agama yang indah. Bukan maksud saya ingin melupakan terus bahawa keindahan yang mereka-mereka ini hidangkan tidak akan mencetuskan niat jahat di kalangan lelaki. Tetapi apa yang saya mahu katakan secara halusnya pasti suatu hari nanti mereka yang menutup aurat ini walaupun bermula dengan fesyen, Insyaallah akan dikurniakan hidayah dan mengubah persepsi aurat fesyen mereka kepada aurat kerana cinta kepada Allah.

Nasihat saya, jangan perkecilkan mereka yang berinisiatif untuk mencintai Islam dan meletakkan diri anda yang anda sudah rasa penuh dengan ilmu Islam, kerana Allah maha mengetahui, dosa dan pahala, syurga dan neraka hanya di tangan Dia. Bila-bila masa Allah bole menukar posisi di mana anda berdiri sekarang. Mengata seorang Islam yang lain, hanya akan membawa kamu sedikit lebih dekat kepada neraka. Berhati-hatilah ketika mengeluarkan kata-kata anda.

P/s : Saya benci bila seseorang lelaki mengutuk seseorang perempuan tentang aurat, tetapi memilih teman wanita yang seksi meksi. Alasan: ala, nanti nak kawen, aku carilah yang menutup aurat. Ni untuk gefren material saja. (Tolonglah jangan jadi hipokrit!)

Walaubagaimana pun anda memilih fesyen tudung, jangan pilih fesyen Siti Nurhaliza. Ini bukan cara seorang Islam memakai tudung. Pastikan rambut dan leher anda TUTUP!!!

No comments: