Friday, March 25, 2011

ujian psikologi - apa yang lebih penting??


Ini suatu ujian psikologi yang sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab-sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Ada 5 perkara berlaku serentak.


  1. Air Mendidih di Dapur
  2. Air Paip Melimpah di Bilik Air
  3. Bayi Menangis.
  4. Telefon Berbunyi
  5. Ada Orang Ketuk Pintu


SOALANNYA: Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan urusakan dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.













Fikir…


















Fikir…
















Fikir…

















Fikir…


















Fikir…












Jika sudah habis berfikir, sila semak jawapan anda yeee..=)

.... lihat di bawah ......


JAWAPAN DAN ANALISIS
Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

1. Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: Ia menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

2. Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
Ia menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

3. Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : 
ia menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

4. Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
 Ia menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

5. Kalau anda memilih untuk membuka pintu: Ia menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.



*selamat mencuba.. aku pilih bayi menangis.. got it??=)

No comments: